everyday say Allahamdulillah

Sunday, May 18, 2014

Jadikan diri lebih baik

Jadikanlah ini semua KEWAJIBAN kita.

1) Membaca Al-Quran setiap hari (minimum 1 juz sehari)
2) Banyak membaca sirah, hadis, aqidah, fiqh dan lain-lain.
3) Jaga kesihatan.
4) Jauhi minuman dan merokok yang menjejas kesihatan.
5) Sentiasa berada dalam kebersihan.
6) Tak bercakap bohong.
7) Tak mungkir janji.
8 ) Berani.
9) Jaga kehormatan diri.
10) Bersifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
11) Adil dalam semua keadaan.
12) Aktif dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.
13) Miliki sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
14) Mahir dan banyak membaca dan menulis.
15) Cuba untuk mempunyai perniagaan sendiri.
16) Sentiasa cuba untuk bekerja sendiri berbanding makan gaji kerajaan.
17) Cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
18) Bersegera menunaikan hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
19) Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
20) Jauhi riba.
21) Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.
22) Peruntukkan duit untuk dakwah dan orang yang memerlukan.
23) Simpan duit untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
24) Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya barat.
25) Jauh diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.
26) Dekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
27) Sentiasa dalam keadaan berwuduk.
28) Solat dengan sempurna, secara berjemaah di masjid.
29) Tunaikan puasa Ramadan dan haji tanpa lengah jika telah mampu.
30) Sentiasa rindu jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
31) Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.
32) Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.
33) Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
34) Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.
35) Tinggalkan sikap berpoya-poya dan bermewah-mewah.
36) Saling berkenalan dan membantu dengan pendukung-pendukung Islam.
37) Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
38) Berfikir dan berusaha menjayakan dakwah dalam masyarakat.

Monday, April 28, 2014

Rindu.Sayang.Keluarga

Cerita pasal family...smua akan terbayangkan muka mak ayah dan adik beradik..bila duduk berjauhan daripada mereka aku rs rindu sangat...yelah..sarawak kot....naik air asia sebulan kali..tu pun tgok tket kalau murah bru balik....balik 3 hari 2 mlm je..sbb xnak unpaid leave lama sgt..yang penting aku paling rindu sama anak buah...rayyan, adek dan ira...aku mak ngah dorang yg msh comel.....hahaha

Nak cerita sikit pasal family aku ni hah...
Ada abah yg tegas sbb bekas polis...tp amat penyayang...
Ada mak yg rajin berniaga smpai jd toke restoran...
Ada kakak yang muka bengis mcm harimau tp sejak kahwin n ade anak jd seorang yang amat lemah lembut sampai aku mcm tak percaya smpai skrang...
Ada adik perempuan yang selalu jadi besfren aku..dia seorang super mummy sbb ada 2 hero dan seorang toke shaklee kt sematan..
Last..my only brother...adik bongsu yg mcm budak budak sikit...dia ni suka buat hal sendiri..dulu dia agak pemalas..skrang alhamdulillah semakin rjin...
Me....the only daughter yang  not married yet...pilih untuk mencari rezeki sendri...mencari pengalaman...dan duduk jauh dr family...menjadi perantau sejak study diploma smpai bekerja...

Bila jadi seorang perantau ni bru rs betapa bermakna Kampung halaman...
Betapa bermakna erti perpisahan...
Betapa  bermakna keluarga kita...

Setiap hari sentiasa berdoa supaya mereka sentiasa sihat..murah rezeki..dipelihara oleh Allah swt..

Thursday, April 3, 2014

My Convocation (UiTM Ke-78)

Selepas penat lelah study, ambk exam dan finally done with great  final report "Independent Study"...akhirnya..konvo!!!
Bersyukur ke hadrat illahi kerana memberi aku peluang merasa untuk menjadi mahasiswa uitm...
Terima kasih kepada ibu bapa aku kerana mereka selalu menyokong aku segi kewangan dan mengambil berat...tanpa mereka..siapalah aku sekarang...

ALHAMDULILLAH...........


















InshaAllah..aku akan sambung pelajaran dalam peringkat Master pulak...harap dipermudahakan..amin....




Wednesday, April 2, 2014

Saya suka makan

confirm kat luar sana kalau cakap pasal makanan..mesti terliur..mesti teringin..mesti nak try...termasuk lah aku...sebab hobi aku suka makan..selain daripada memasak..heheh
program tv3 "Jalan Jalan Cari Makan" mesti tgok sbb nak tau mana nak makan sedap especially kt KL..bak kata mak cik aku "bila lagi nak makan sedap..tgu sakit.." boleh pakai tapi actually makan tak boleh over sgt takut bawa penyakit...sebab salah satu penyakit kt orang malaysia ni adalah Kencing Manis dan Obesiti..
yelah..kt mana mana..makanan sedap...nasihat aku utk dir sendiri dan org lain..boleh nak mkan byk tp jgn lupa bersenam dan amalkan pemakanan sihat seperti sayur dan buah buahan...same goes with me..makan pil bakar lemak..heheh..tp kdang2 pg main badminton bg kuarkan peluh..


Jom kita cerita pasal makanan sedap pulakkkk...

Pulut Mangga 
aku makan ni msa pergi bercuti kat Hatyai..sedap oooo..serius..kalau pergi sana lg..confirm aku nak tapau byk2 bwak balik malaysia..terbaik!




Korean Cuisine(Kimchi)
Ni memang favourite aku sejak aku makan sekali..lepas tu..after gji..dah jadi satu kemestian makan kt sana..
location: ampang point tingkat 3 kalau tak salah..heheh


Japan Cuisine (macam nasi goreng)
Ni sedap gak..just nice....nyummmm
Location: Mid Valley (Food Court)

OHHH...ni memang terbaik..always been my favaurite....
Lontong with lodeh
Location: Warung kt Taman Dagang (Sebelah UO)


Lepas makan makanan berlemak..apa kata kita try this healthier food..
Subway! sedap....beli msa breakfast je..murah skit..heheh